- Merupakan proses yang mengguna data yang dikumpul untuk memberi maklumat yang berguna bagi menyokong keputusan dan cadangan kesimpulan.
 - Sebelum memulakan proses analisis, pengkaji harus memasti terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis data untuk dianalisis.
 - Proses analisis boleh dibantu apabila data kualitatif dan kuantitatif dipersembahkan secara grafik.
 - Semasa menjalankan proses analisis, pengkaji harus cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan serta membuat anggaran.
 
Langkah Analisis Data kualitatif
(a) Langkah pertama
- Maklumat dilihat secara lalu
 - Nota diambil dan dicatat berdasarkan tema yang muncul, isu atau faktor yang didengar.
 - Item yang berulang atau penting difokuskan dan dicari.
 
(b)Langkah dua
- Tiga atau empat tema/ kategori yang muncul dipilih dan matriks dibina.
 - Carta bukti yang berkaitan dengan tema utama dibuat.
 - Tema kategori ditempatkan di atas manakala senarai pelajar ditepinya.
 - Warna kod yang berlainan boleh digunakan untuk setiap kategori yang berlainan.
 
(c) Langkah tiga
- Tinjauan digunakan untuk membuat perbincangan dengan pendidik yang lain.
 - Tinjauan dibaca dan kata kunci yang berkaitan dengan tema yang telah dikenalpasti dihighlightkan.
 - Seterusnya, dapatan kajian direkodkan dalam kotak yang bersesuaian dengan carta matriks yang telah dibina.
 
(d)Langkah empat
- Soalan seperti apa yang saya dapat ditanya kepada diri sendiri.
 - Pemerhatian pola seperti pola konsep dan pola sikap yang muncul semasa lihat matriks direkodkan.
 - Pemerhatian ditulis/direkod di bawah carta matriks.
 - Pemerhatian disokong dengan jurnal yang dibaca
 
(e) Langkah lima
- Kesimpulan direkod samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.
 
(f)Langkah enam
1. Fikir terhadap apa langkah yang seterusnya boleh buat, samada:
- Tinjauan(soal selidik lain)/ Temubual/ Penilaian
 - Semak semula persoalan kajian
 - Bina modul/aktiviti
 
2. Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
3. Sentiasa tanya kepada diri sendiri tentang apakah maklumat yang masih diperlukan seperti:
- Atas pelajar
 - Atas kaedah
 - Maklumat latar belakang untuk tajuk yang berkenaan
 
Kegunaan Data dalam:
PLAN-DO-STUDY-ACT CYCLE
1. Plan
- Nilai dan ringkaskan semua data yang sedia ada
 - Analisis dan kenalpasti tema utama
 - Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
 
2. Do
- Kumpul data
 - Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
 
3. Study
- Analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan
 
4. Act
- Kenalpasti soalan tambahan
 - Rancang untuk penambahbaikan berterusan
 - Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses yang berterusan dalam penyelidikan tindakan
 - Jangan risau jika gagal mendapat keputusan yang dikehendaki
 - Dapatan kajian adalah bertujuan untuk memberi panduan dan memperbaiki pengajaran untuk seterusnya.
 
Panduan Analisis Data:
- Reka bentuk pendekatan sistematik dan simpan semua data
 - Cuba memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh data
 - Cari tema dan pola
 - Susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
 - Masukkan semua data termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
 - Baca data secara berulangan
 - Bina imej visual untuk ringkaskan maklumat. Contoh: Jadual dan Carta
 - Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
 - Kongsi dapatan di mana perbincangan akan menimbul soalan baru
 - "Let the data speak to you"
 
Proses Analisis Data
- Analisis semua data dan buat nota ringkas sepanjang masa
 - Cari tema dan pola
 - Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
 - Lihar kembali data dan semak tema-tema yang telah buat
 - Bina subtema jika perlu
 - Simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala dapatan boleh mengejutkan kita
 - Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
 - Kenalpasti poin yang utama
 - Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian