Refleksi ke atas masalah dalam diri sendiri
- Kurang keyakinan dengan kebolehan sendiri semasa menjalankan aktiviti-aktiviti
- Kurang mempunyai sifat kepimpinan
- kurang penyertaan diri dalam aktiviti kumpulan dan tidak biasa dalam melaksanakan tugas dalam kumpulan
- Kurang kreativiti dalam penyumbangan idea-idea semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kumpulan
- Bersifat puteri lilin dan berasa cemas semasa menjalankan aktiviti kayak, “ snorkeling ” dan “ water confidence ” kerana tidak mempunyai kemahiran berenang serta kurang minat dalam menjalankan “water activities”
Penambahbaikan yang perlu dilakukan pada diri sendiri - Percaya kepada kebolehan sendiri dan tidak takut kepada kesalahan yang mungkin timbul
- Belajar memimpin ahli-ahli kumpulan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
- Berfikiran terbuka untuk bekerja dalam kumpulan serta menikmati kepentingan kerja dalam kumpulan
- Mendedahkan diri dengan bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan kreativiti agar dapat meningkatkan kemahiran untuk berfikir secara kreatif
- Berfikir secara terbuka dan berani untuk melakukan water aktiviti dengan sempurna walaupun diri sendiri tidak berkemahiran berenang dan kurang minat dalam water aktiviti serta sudi menghadapi cabaran dalam aktiviti kayak dan water confidence
Rancangan pelan tindakan yang perlu dilakukan untuk menambahbaikkan masalah dalam diri sendiri semasa BIG:
Matlamat umum
Menjadi seorang guru yang versatile dan holistic
Objektif - Meningkat keyakinan dalam diri sendiri
- Menerap sifat kepimpinan dalam diri sendiri
- Menambah kreativiti dalam diri sendiri
- Memperbaiki kemahiran berinteraksi dan meningkatkan kemahiran untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan
- Meningkat dan menambah sifat keberanian dalam diri sendiri untuk menghadapi cabaran
Pelan tindakan
Langkah-langkah yang perlu diambil - Mengambil bahagian dalam aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan. Sebagai contoh, sentiasa memberi cadangan dan bersuara di khalayak ramai dapat meningkatkan sifat keyakinan seseorang
- Mengambil peluang menjadi ketua dalam kumpulan untuk melatih diri sebagai seorang pemimpin
- Mendedahkan diri sendiri dengan tugas yang memerlukan kreativiti agar dapat melatih diri berfikir secara kreatif. Selain itu, membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan kreativiti dan mengambil contoh-contoh yang mempunyai kreativiti untuk menjadi sebagai rujukan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri untuk berfikir secara kreatif.
- Bergaul dengan rakan-rakan dan sentiasa melibatkan diri dalam kerja kumpulan agar dapat membiasakan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas dalam kumpulan
- Mengambil bahagian dalam aktiviti yang memerlukan sifat keberanian yang tinggi misalnya melibatkan diri dalam menyempurnakan sesuatu tugas yang mempunyai tahap kesusahan yang tinggi dan tidak mahir serta berusaha untuk mencari penyelesaian untuk menyempurnakan tugas tersebut.
Cara mengumpul data - Menanya rakan-rakan
- Menjalankan soal selidik di kalangan rakan yang terlibat dalam aktiviti BIG
- Menemu bual dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam BIG
- Menanya kawan yang sering bergaul dengan saya serta kawan yang sebilik dengan saya
Cara untuk memantau langkah-langkah yang telah dilakukan - Memerhati “feedback” yang diberi oleh rakan-rakan serta orang-orang yang berkaitan dari semasa ke semasa
- Membuat refleksi sendiri selepas melakukan tindakan dari semasa ke semasa
- Sentiasa menanya pemerhatian orang lain dan mencatat segala kelemahan yang masih wujud dalam diri sendiri
Cara menilai langkah-langkah yang dilaksanakan - Membuat refleksi terhadap segala langkah yang dilakukan dan sentiasa menanya kepada diri sendiri sama ada langkah-langkah tersebut telah mencapai objektif atau tidak. Jika masalah tersebut masih dalam timbul dalam diri sendiri, langkah penambahbaikan akan terus dirancang dan dijalankan serta diperhati sehingga mencapai objektif tersebut.
No comments:
Post a Comment