Ketua: TAN SIN YEE(P48643)
Pencatat:SYAIDATUL HAINI MOHD RADZI(P48676)
Pembetang:ADELYN SAW YING YU(P48662)
Di sekolah, masalah yang sentiasa timbul semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak memberi perhatian untuk belajar dalam kelas apabila guru menggunakan strategi pengajaran yang berbentuk kuliah.
Strategi pengajaran dalam bentuk kuliah adalah kurang efektif dan tidak berkesan untuk digunakan sebagai kaedah pengajaran pada masa sekarang. Hal ini menyebabkan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kerana mereka berasa bosan terhadap kaedah pengajaran guru yang berbentuk kuliah. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif untuk menambahbaikan kaedah pengajaran untuk meningkat minat dan keseronokkan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menambahbaikkan masalah tersebut adalah guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif. Sebagai contoh, dalam topic nutrition, guru boleh mengguna chart pyramid makanan sebagai bahan mengajar dalam kelas untuk mengajar pelajar cara untuk memilih makanan yang seimbang. Dengan menggunakan bahan pengajaran chart pyramid makanan yang warna-warni, pelajar akan memberi perhatian yang lebih dalam pengajaran.
Selain itu, guru juga boleh mengguna bahan makanan seperti roti dalam bungkusan misalnya “roti krim gardenia”, buah-buahan, sayur-sayuran, beras, telur dan minuman botol sebagai bahan pengajaran. Bahan-bahan makanan tersebut boleh menarik perhatian pelajar serta meningkatkan minat pelajar untuk belajar tentang topic tersebut. Mereka juga akan berasa seronok apabila dapat melihat guru mengguna bahan makanan yang benar untuk menjadi bahan pengajaran. Langkah ini dapat memudahkan pelajar mengingati dan mengenal pasti jenis makanan yang bersesuaian untuk memberi nutrient yang seimbang bagi sistem pertumbuhan mereka jika contoh bahan makanan tersebut ditunjuk dalam keadaan yang benar berbanding dengan hanya menunjukkan contoh makanan yang berbentuk gambar dalam buku teks.
Strategi pengajaran seperti memunjukkan gambar-gambar budak yang gagal mendapat nutrition yang seimbang dalam kelas seperti kwasyiorkor, marasmus, osteomalacia dan osteopososis dalam kelas boleh juga dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang kesan kekurangan makanan yang seimbang. Dengan itu, pelajar menjadi lebih faham tentang kepentingan nutrient dalam proses pertumbuhan manusia. Justeru, guru juga boleh memberi laman web yang sesuai dan berkenaan dengan topic nutrition agar pelajar mendapat informasi yang lebih lanjut selepas kelas untuk menperdalamkan pengetahuan mereka tentang topic tersebut.
Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat dalam kelas, quiz akan diberi kepada pelajar. Dengan ini, guru dapat mengumpul keputusan quiz itu sebagai data. Guru juga boleh menanya kepada pelajar untuk mengumpul data.
Guru boleh memantau tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan melalui pemerhatian daripada pelajar dengan memerhati respond dan feedback yang diberi daripada pelajar dari semasa ke semasa. Justeru, guru boleh sentiasa menanya diri sendiri sama ada langkah-langkah yang dilaksanankan mencapai objektif atau tidak semasa membuat refleksi.
selepas melaksanakan langkah-langkah yang dirancang, guru boleh menilai langkah-langkah penambahbaikan tersebut dengan membuat refleksi kendiri.Guru akan meneruskan kajian tindakan tersebut melalui empat proses iaitu mengulang rancangan, melaku, memerhati dan refleksi secara berulang-ulang sehingga mencapai objektif yang ditetapkan.
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment