Monday, May 4, 2009

Aktiviti berkumpulan

NYATAKAN LAPAN SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN Dan BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA

SEBAB-SEBAB ORANG MENENTANG PERUBAHAN:

1. perubahan menganggu zon keselesaan
2. perubahan mengganggu kebiasaan aktiviti yang dilakukan
3. Mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perubahan
4. Takut mencuba benda yang baru sebab takut kegagalan
5. Berasa ragu terhadap kesan perubahan
6. Pemikiran yang konservatif dan tidak ingin cuba dan menerima benda yang baru
7. Tiada atau kekurangan pengetahuan dan kemahiran terhadap perubahan yang diperkenalkan
8. Berpendapat bahawa perubahan adalah sesuatu yang kompleks dan sukar difahami

Cara penyelesaian

  1. Pendedahan kepada perubahan semasa
  2. Berfikiran secara terbuka dan bersiap sedia menerima benda yang baru
  3. Berani untuk mencuba dan menerima risiko
  4. Bersedia dan berkongsi pendapat dengan orang lain
  5. Mengumpul data dan maklumat untuk menambah pengetahuan terhadap perubahan yang diperkenalkan

Kuliah 3:PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep
  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor yang terutama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran pada masa depan.
  • Perubahan berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian
  • Bidang pendidikan adalah dinamik dan sentiasa mengalami perubahan

Jenis perubahan

1. Perubahan ke arah peningkatan

  • Memberi kesan kepada konponen-komponen yang tertentu dalam struktur organisasi

2. Perubahan strategik organisasi

  • Perubahan yang berlaku melibatkan keseluruhan organisasi

3. Perubahan reaktif

  • Perubahan yang berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak kepentingan

4. Perubahan akibat daripada jangkaan

  • perubahan berlaku kerana terdapat kesedaran dalam kalangan pengurusan untuk memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif

Perubahan adalah kompleks

o Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

Evolusi - perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa panjang
Revolusi -perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasa

Perubahan itu multidimensi

o Keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan

o Enam jenis dimensi

1. Tujuan perubahan

  1. Perubahan dirancang untuk mencapai tujuan tertentu
  2. Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan

    Perubahan peringkat pertama

    - Perubahan yang dibuat untuk pulang ke keadaan asal yang diinginkan
    - Perubahan dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian / keadaan sistem tanpa mengubahnya

    Perubahan peringkat kedua

    - Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat,kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut(Barrot & Raybould 1998).

2. Unit perubahan

  • Merujuk kepada focus utama sesuatu perubahan yang dirancang
  • Terdiri daripada

    •Individu
    •Kumpulan/pasukan
    •Jabatan
    •Organisasi
    •Sistem organisasi
    •Komuniti

3. Sifat perubahan

  • Draft(1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada sesuatu unit yang besar(organisasi), perubahan peringkat yang lebih kecil(individu) mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap tingkah laku/kedua-duanya

    4. Megnitud perubahan
    • Merujuk kepada sejauh mana perubahan dirancang akan diimplementasikan
    • Istilah seperti perubahan yang komprehensif sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar
    • Perubahan skala besar memberi hasilan menarik tetapi sukar diimplementasikan.
    • Manakala, perubahan dalam skala kecil lebih mudah diimplementasi tetapi gagal memberi impak yang signifikan(Chambers 1977).

    5. Skop perubahan

    • Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan dalam perubahan dapat ditentu melalui instrument penilaian

    6. Jangkamasa perubahan

    • Terdapat pandangan yang berpendapat bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan ialah perubahan berjaya diimplementasikan berbanding dengan perubahan yang memberi kesan sementara.
    • Kottler(2003) dalam kajian jangkamasa pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya
    1. Perubahan yang berlaku secara spontan gagal memberi kesan yang mendalam . sikap dan amalan seseorang akan kembali ke asal apabila kesan perubahan itu luput.
    2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
    3. Perubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal
    • Perubahan adalah berbentuk kitaran dan kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun(Chambers 1977).
    • Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan

    Model-model perubahan

    1. Model penggabungan Roger

    • Proses inovasi bermula apabila masalah keperluan telah dikenal pasti
    • Masalah mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa/jangkaan pembangunan akan Datang . Penyelidik menyiasat permasalahan itu dan bagaimana masalah diselesaikan.
    • Peringkat ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak lalu menghasilkan inovasi

    2. Model Kanter

    • Menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada empat tugas inovasi

      1. Penjanaan idea
      2. Membina idea
      3. Realisasi idea
      4. Pemindahan idea

    3. Model Rand

    • Tujuan kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan/menghalang perubahan pendidikan.
    • Memandu kea rah pengumpulan data dan analisis
    • Proses perubahan di sekolah

      o Daya usaha
      o Implementasi
      o Pengabungan

    4. Model Acot

    • Berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow(ACOT): kajian pengenalan computer dalam bilik darjah.
    • Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam proses P&P telah berkembang secara beransur-ansur.
    • Melibatkan lima langkah dalam proses P&P

      1. Kemasukkan
      2. Memilih
      3. Menyesuaikan
      4. Penggunaan
      5. Mereka cipta

    Rujukan: Elliott, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.

    Thursday, April 30, 2009

    Kuliah 2:Action Research Model


    Aktiviti 2

    Ketua: TAN SIN YEE(P48643)
    Pencatat:SYAIDATUL HAINI MOHD RADZI(P48676)
    Pembetang:ADELYN SAW YING YU(P48662)


    Di sekolah, masalah yang sentiasa timbul semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak memberi perhatian untuk belajar dalam kelas apabila guru menggunakan strategi pengajaran yang berbentuk kuliah.

    Strategi pengajaran dalam bentuk kuliah adalah kurang efektif dan tidak berkesan untuk digunakan sebagai kaedah pengajaran pada masa sekarang. Hal ini menyebabkan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas kerana mereka berasa bosan terhadap kaedah pengajaran guru yang berbentuk kuliah. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif untuk menambahbaikan kaedah pengajaran untuk meningkat minat dan keseronokkan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menambahbaikkan masalah tersebut adalah guru boleh menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif. Sebagai contoh, dalam topic nutrition, guru boleh mengguna chart pyramid makanan sebagai bahan mengajar dalam kelas untuk mengajar pelajar cara untuk memilih makanan yang seimbang. Dengan menggunakan bahan pengajaran chart pyramid makanan yang warna-warni, pelajar akan memberi perhatian yang lebih dalam pengajaran.

    Selain itu, guru juga boleh mengguna bahan makanan seperti roti dalam bungkusan misalnya “roti krim gardenia”, buah-buahan, sayur-sayuran, beras, telur dan minuman botol sebagai bahan pengajaran. Bahan-bahan makanan tersebut boleh menarik perhatian pelajar serta meningkatkan minat pelajar untuk belajar tentang topic tersebut. Mereka juga akan berasa seronok apabila dapat melihat guru mengguna bahan makanan yang benar untuk menjadi bahan pengajaran. Langkah ini dapat memudahkan pelajar mengingati dan mengenal pasti jenis makanan yang bersesuaian untuk memberi nutrient yang seimbang bagi sistem pertumbuhan mereka jika contoh bahan makanan tersebut ditunjuk dalam keadaan yang benar berbanding dengan hanya menunjukkan contoh makanan yang berbentuk gambar dalam buku teks.

    Strategi pengajaran seperti memunjukkan gambar-gambar budak yang gagal mendapat nutrition yang seimbang dalam kelas seperti kwasyiorkor, marasmus, osteomalacia dan osteopososis dalam kelas boleh juga dapat memberi gambaran kepada pelajar tentang kesan kekurangan makanan yang seimbang. Dengan itu, pelajar menjadi lebih faham tentang kepentingan nutrient dalam proses pertumbuhan manusia. Justeru, guru juga boleh memberi laman web yang sesuai dan berkenaan dengan topic nutrition agar pelajar mendapat informasi yang lebih lanjut selepas kelas untuk menperdalamkan pengetahuan mereka tentang topic tersebut.

    Selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat dalam kelas, quiz akan diberi kepada pelajar. Dengan ini, guru dapat mengumpul keputusan quiz itu sebagai data. Guru juga boleh menanya kepada pelajar untuk mengumpul data.

    Guru boleh memantau tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan melalui pemerhatian daripada pelajar dengan memerhati respond dan feedback yang diberi daripada pelajar dari semasa ke semasa. Justeru, guru boleh sentiasa menanya diri sendiri sama ada langkah-langkah yang dilaksanankan mencapai objektif atau tidak semasa membuat refleksi.

    selepas melaksanakan langkah-langkah yang dirancang, guru boleh menilai langkah-langkah penambahbaikan tersebut dengan membuat refleksi kendiri.Guru akan meneruskan kajian tindakan tersebut melalui empat proses iaitu mengulang rancangan, melaku, memerhati dan refleksi secara berulang-ulang sehingga mencapai objektif yang ditetapkan.

    Tuesday, April 28, 2009

    Activiti 1: Kajian Tindakan BIG II

    Selepas mengikuti BIG:

    Refleksi ke atas masalah dalam diri sendiri


    • Kurang keyakinan dengan kebolehan sendiri semasa menjalankan aktiviti-aktiviti
    • Kurang mempunyai sifat kepimpinan
    • kurang penyertaan diri dalam aktiviti kumpulan dan tidak biasa dalam melaksanakan tugas dalam kumpulan
    • Kurang kreativiti dalam penyumbangan idea-idea semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kumpulan
    • Bersifat puteri lilin dan berasa cemas semasa menjalankan aktiviti kayak, “ snorkeling ” dan “ water confidence ” kerana tidak mempunyai kemahiran berenang serta kurang minat dalam menjalankan “water activities”


      Penambahbaikan yang perlu dilakukan pada diri sendiri

    • Percaya kepada kebolehan sendiri dan tidak takut kepada kesalahan yang mungkin timbul
    • Belajar memimpin ahli-ahli kumpulan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
    • Berfikiran terbuka untuk bekerja dalam kumpulan serta menikmati kepentingan kerja dalam kumpulan
    • Mendedahkan diri dengan bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan kreativiti agar dapat meningkatkan kemahiran untuk berfikir secara kreatif
    • Berfikir secara terbuka dan berani untuk melakukan water aktiviti dengan sempurna walaupun diri sendiri tidak berkemahiran berenang dan kurang minat dalam water aktiviti serta sudi menghadapi cabaran dalam aktiviti kayak dan water confidence


      Rancangan pelan tindakan yang perlu dilakukan untuk menambahbaikkan masalah dalam diri sendiri semasa BIG:

      Matlamat umum

      Menjadi seorang guru yang versatile dan holistic

      Objektif
    • Meningkat keyakinan dalam diri sendiri
    • Menerap sifat kepimpinan dalam diri sendiri
    • Menambah kreativiti dalam diri sendiri
    • Memperbaiki kemahiran berinteraksi dan meningkatkan kemahiran untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan
    • Meningkat dan menambah sifat keberanian dalam diri sendiri untuk menghadapi cabaran


      Pelan tindakan

      Langkah-langkah yang perlu diambil
    • Mengambil bahagian dalam aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan. Sebagai contoh, sentiasa memberi cadangan dan bersuara di khalayak ramai dapat meningkatkan sifat keyakinan seseorang
    • Mengambil peluang menjadi ketua dalam kumpulan untuk melatih diri sebagai seorang pemimpin
    • Mendedahkan diri sendiri dengan tugas yang memerlukan kreativiti agar dapat melatih diri berfikir secara kreatif. Selain itu, membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan kreativiti dan mengambil contoh-contoh yang mempunyai kreativiti untuk menjadi sebagai rujukan untuk meningkatkan keupayaan diri sendiri untuk berfikir secara kreatif.
    • Bergaul dengan rakan-rakan dan sentiasa melibatkan diri dalam kerja kumpulan agar dapat membiasakan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas dalam kumpulan
    • Mengambil bahagian dalam aktiviti yang memerlukan sifat keberanian yang tinggi misalnya melibatkan diri dalam menyempurnakan sesuatu tugas yang mempunyai tahap kesusahan yang tinggi dan tidak mahir serta berusaha untuk mencari penyelesaian untuk menyempurnakan tugas tersebut.


      Cara mengumpul data
    • Menanya rakan-rakan
    • Menjalankan soal selidik di kalangan rakan yang terlibat dalam aktiviti BIG
    • Menemu bual dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam BIG
    • Menanya kawan yang sering bergaul dengan saya serta kawan yang sebilik dengan saya


      Cara untuk memantau langkah-langkah yang telah dilakukan
    • Memerhati “feedback” yang diberi oleh rakan-rakan serta orang-orang yang berkaitan dari semasa ke semasa
    • Membuat refleksi sendiri selepas melakukan tindakan dari semasa ke semasa
    • Sentiasa menanya pemerhatian orang lain dan mencatat segala kelemahan yang masih wujud dalam diri sendiri


      Cara menilai langkah-langkah yang dilaksanakan
    • Membuat refleksi terhadap segala langkah yang dilakukan dan sentiasa menanya kepada diri sendiri sama ada langkah-langkah tersebut telah mencapai objektif atau tidak. Jika masalah tersebut masih dalam timbul dalam diri sendiri, langkah penambahbaikan akan terus dirancang dan dijalankan serta diperhati sehingga mencapai objektif tersebut.