Monday, May 4, 2009

Aktiviti berkumpulan

NYATAKAN LAPAN SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN Dan BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA

SEBAB-SEBAB ORANG MENENTANG PERUBAHAN:

1. perubahan menganggu zon keselesaan
2. perubahan mengganggu kebiasaan aktiviti yang dilakukan
3. Mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perubahan
4. Takut mencuba benda yang baru sebab takut kegagalan
5. Berasa ragu terhadap kesan perubahan
6. Pemikiran yang konservatif dan tidak ingin cuba dan menerima benda yang baru
7. Tiada atau kekurangan pengetahuan dan kemahiran terhadap perubahan yang diperkenalkan
8. Berpendapat bahawa perubahan adalah sesuatu yang kompleks dan sukar difahami

Cara penyelesaian

  1. Pendedahan kepada perubahan semasa
  2. Berfikiran secara terbuka dan bersiap sedia menerima benda yang baru
  3. Berani untuk mencuba dan menerima risiko
  4. Bersedia dan berkongsi pendapat dengan orang lain
  5. Mengumpul data dan maklumat untuk menambah pengetahuan terhadap perubahan yang diperkenalkan

Kuliah 3:PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep
  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor yang terutama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran pada masa depan.
  • Perubahan berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian
  • Bidang pendidikan adalah dinamik dan sentiasa mengalami perubahan

Jenis perubahan

1. Perubahan ke arah peningkatan

  • Memberi kesan kepada konponen-komponen yang tertentu dalam struktur organisasi

2. Perubahan strategik organisasi

  • Perubahan yang berlaku melibatkan keseluruhan organisasi

3. Perubahan reaktif

  • Perubahan yang berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak kepentingan

4. Perubahan akibat daripada jangkaan

  • perubahan berlaku kerana terdapat kesedaran dalam kalangan pengurusan untuk memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif

Perubahan adalah kompleks

o Perubahan dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

Evolusi - perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa panjang
Revolusi -perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang membinasa

Perubahan itu multidimensi

o Keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan

o Enam jenis dimensi

1. Tujuan perubahan

  1. Perubahan dirancang untuk mencapai tujuan tertentu
  2. Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan

    Perubahan peringkat pertama

    - Perubahan yang dibuat untuk pulang ke keadaan asal yang diinginkan
    - Perubahan dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian / keadaan sistem tanpa mengubahnya

    Perubahan peringkat kedua

    - Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat,kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut(Barrot & Raybould 1998).

2. Unit perubahan

  • Merujuk kepada focus utama sesuatu perubahan yang dirancang
  • Terdiri daripada

    •Individu
    •Kumpulan/pasukan
    •Jabatan
    •Organisasi
    •Sistem organisasi
    •Komuniti

3. Sifat perubahan

  • Draft(1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada sesuatu unit yang besar(organisasi), perubahan peringkat yang lebih kecil(individu) mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap tingkah laku/kedua-duanya

    4. Megnitud perubahan
    • Merujuk kepada sejauh mana perubahan dirancang akan diimplementasikan
    • Istilah seperti perubahan yang komprehensif sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar
    • Perubahan skala besar memberi hasilan menarik tetapi sukar diimplementasikan.
    • Manakala, perubahan dalam skala kecil lebih mudah diimplementasi tetapi gagal memberi impak yang signifikan(Chambers 1977).

    5. Skop perubahan

    • Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan dalam perubahan dapat ditentu melalui instrument penilaian

    6. Jangkamasa perubahan

    • Terdapat pandangan yang berpendapat bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan ialah perubahan berjaya diimplementasikan berbanding dengan perubahan yang memberi kesan sementara.
    • Kottler(2003) dalam kajian jangkamasa pendek telah mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya
    1. Perubahan yang berlaku secara spontan gagal memberi kesan yang mendalam . sikap dan amalan seseorang akan kembali ke asal apabila kesan perubahan itu luput.
    2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
    3. Perubahan berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal
    • Perubahan adalah berbentuk kitaran dan kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun(Chambers 1977).
    • Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan

    Model-model perubahan

    1. Model penggabungan Roger

    • Proses inovasi bermula apabila masalah keperluan telah dikenal pasti
    • Masalah mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa/jangkaan pembangunan akan Datang . Penyelidik menyiasat permasalahan itu dan bagaimana masalah diselesaikan.
    • Peringkat ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak lalu menghasilkan inovasi

    2. Model Kanter

    • Menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada empat tugas inovasi

      1. Penjanaan idea
      2. Membina idea
      3. Realisasi idea
      4. Pemindahan idea

    3. Model Rand

    • Tujuan kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan/menghalang perubahan pendidikan.
    • Memandu kea rah pengumpulan data dan analisis
    • Proses perubahan di sekolah

      o Daya usaha
      o Implementasi
      o Pengabungan

    4. Model Acot

    • Berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow(ACOT): kajian pengenalan computer dalam bilik darjah.
    • Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam proses P&P telah berkembang secara beransur-ansur.
    • Melibatkan lima langkah dalam proses P&P

      1. Kemasukkan
      2. Memilih
      3. Menyesuaikan
      4. Penggunaan
      5. Mereka cipta

    Rujukan: Elliott, J. (1991) Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.